Monday, September 12, 2011

Cinta sejati akan hadir tanpa dijangka


Erti cinta sejati?

Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, namun akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita  rasa sukar untuk meneruskan hidup. Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak. Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan. Oleh itu, percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati.
Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati. Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja. Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang hadir pada anda? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia?
menilai cinta sejati
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura – pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri. Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa. Oleh itu, berusahalah untuk memahami cinta sejati, pasti anda akan menemukan jodoh anda.
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba – tiba, janganlah anda  menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati. Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua. Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan. Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa, tetapi perasaan itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya. Bila bertemu cinta, usahalah untuk tidak buta, walaupun peribahasa mengatakan ‘cinta itu buta’. Hakikatnya, buta pada hati adalah perkara yang berbahaya kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si dia. Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘chemistry’.
Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah, dan jauh dari apa yang ramai sangkakan. Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur? Walaupun usia dimamah masa, cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara. Oleh itu berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda. Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua.
cinta sejati

Mengenali cinta sejati?

Tahukah anda, cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi. Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira. Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia sering menghadapi krisis nilai. Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu. Berbalik kepada isu buta cinta tadi, akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta. Namun, bagi yang bijaksana, mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya, yang lahir dari hati, yang bergelar cinta sejati. Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa.Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak ia akan menjadi cacat.
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

Wednesday, July 13, 2011

Tabahkanlah hatiku harungi perjalanan hidup

hmm... dah lame x up date blog kesayangan aku ni... maklum lah.... terlampau bz sangat2.... assigment makin menggunung.... makin banyak yg da siap n nak dihantar n makin byk plak yg dtg lg.... huhu... dah mcm hantu yg dtg mengacau...klu cite hantu dulu puntianak harum sundal malam suke ckp " pulangkan..pulangkan.." ... tp ni hantu assigment " siapkan assigment hanta cepat...siapkan assigment hanta cepat... " .... tiap hari mengganggu aku... hehe

ape nak jd la skang ni.... mandi x basah, mkn x kenyang, tido x lena, buat keje x siap2.... hadoiiii.... exam punye la lame... bila la nak abis ni... hmmm..... 28.07.11 baru nak habis... huuwaaaaaaa.... :'( lambatnye....
da x larat ni... final projek pon banyak lg... sape nak tlg buat?? angkat tangan...!! huhu...


hmm.... sedih la plak... hati ni memendam rase je.... rindu sangat ngan dia... sayang sangat... rindu ni semakin menggunung... semakin menebal.... agak2nya kan, dia tau x? dia dapat agak x? dai mcm tu jgak x? hmm... papa,namo marah2 lg ye? mama sayang papa... nnt lau lau mama dah x bz, kite le sembang mcm hari tu... happy2, gelak2, main usik2, sayang2, manje2.... aduhaiii...... bile la nak ade balik saat2 mcm tu... rindu sangat... nak luahkn x pandai... x reti nak bkata-kata depan2... mungkin cume mama boleh luahkan kat sini je kot.... maaf papa... tp mama akan cube sedaya upaya untuk luahkan semuanya... tp papa bg la mama mase ye... 

k la, da sakit badan ni... letih sangat2... rehat dulu...
love u papa... miss u.... :)


salam....

Sunday, July 3, 2011

kezutan sekali lagi buat ku....



hmmm.... dalam x ku sangka... benda ni semakin berlarutan... bahu ku semakin sakit dan semakin berat...hmm... knp la ade org yang dengki ngan keluarga ku.. setahu aku keluarga ku x pernah bermusuhan dengan sesiapa... aku dtg pon dr keturunan yang baik2... tp... tu la... manusia klu dah berhasad dengki, mcm2 yg dibuatnya supaya hati dia senang... pg td aku dan ibu ku pergi buat rawatan syifa'... sampai ke ptg aku d sana... badan ku teramat la letih.. hmm... mudah mudahan aku dan ibu ku cepat sembuh... ya allah, tingkatkan la kesabaran hati ku dan hati ahli keluarga ku... aminn... 


papa dah balik pg td... dari jepun... hmm... kenapa suaranya mcm x gembira bile bckp dgn ku? hmm... bila ku tanya, " papa rindu mama x? " dan balasannya " x rindu pon.. ".... aku btanya lagi.. " sikit pon x rindu? " dia berkata lagi.. " sikit pon x "... ya allah.... betapa luruhnya hati ku bila dia berkata begitu... betapa sedihnya aku bila dia ungkapkan kata2 itu... kemana perginya kemanisan pertuturan yang dulu? ya allah... ujian dan dugaan ape yang sedang engkau berikan pada ku ya allah... ya allah ya tuhan ku... kuatkan lah semangat ku, tingkatkan la kesabaran ku... tabahkan la hati ku.. kuatkan la iman ku... ya allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang aku sedang rasakan kini... aminn...


betul ke aku ni xde perasaan?? tapi kenape?? aku xde perasaan yang mcm mana?? sape boleh bagi tau aku?? aku perlukan pertolongan... bagi la tau aku... hmm... papa, nape papa kate mama xde perasaan?? papa bg la tau mama... mama ade buat silap ke?? mama ade buat salah ke?? papa, papa tau x mama rindukan papa?? papa tau x mama sayangkan papa?? papa tau x mama cinta kan papa?? papa tau x betapa mama perlukan kasih sayang papa?? kenapa la jadi mcm ni kan?? kenapa la terasa berat ujian yang allah berikan...




P/s : nnt aku sambung lg luahan hati ku.... nak tido dulu.. x larat sangat ni... bye n nite... :'(

Saturday, July 2, 2011

Kezutan buat ku.... :'(

ni aku yang sebelum perubahan berlaku...


hmm... setelah dekat sebulan aku tidak meng-up date-kan blog kecayangan aku ni, baru hari ni ade kesempatannye... jadi hari ni ade sedikit la luahan yang aku nak coretkan disini...
perkara ni berkaitan dengan kehidupan ku juga... maklum la sblm ni hanya memendam rasa je...
ape yang aku nak katakn pasal hubungan ku dgn si dia... aku xnak la cerita semua.. ape yg terjadi kt diri ku bia la ianya jadi kisah silam hidup ku.. aku xnk mmburukkn sesiapa.. aku anggap ini hanyalah dugaan dan ujian yang tuhan berikan pada ku.. aku terima dengan ikhlasnya... biar la hati ku pedih asal aku lihat hatinya puas dan gembira... aku xnak dia sedih... aku xnak dia sunyi... aku xnak dia kecewa... aku sayangkn dia... kerana dia lah yg buka pintu hati ku untuk menerima cinta yang baru stelah aku kehilangan cinta ku bersama arwah engku farhan... mmg aku sukar utk menafikan yg aku masih teringatkn arwah... tp dgn kehadiran engku hamdi aliff, aku menjd senang hati krna dia dapat menggantikn arwah.. aku x mahu membezakn sesiapa.. tetapi, aku sedar,cinta yg lama akan menjadi kenangan dlm hidupku... aku telah berjanji pada diri ku yg aku akan setia, dan akan menerima engku hamdi aliff seadanya... aku x mengharapkn apa-apa darinya... cuma aku mengharapkan kasih sayang darinya, aku inginkan kefahaman darinya, aku inginkan kemesraan darinya, aku inginkan belaian darinya, aku inginkan cinta darinya...


aku rela dan sanggup berubah demi dia... katanya dia nak xkesah aku macam mana pon.. dia kata dia x pandang rupa paras... dia nak aku pakai jubah dan bertudung labuh... aku cuba ikot... aku mula ke kuliah dgn memakai baju kurung...dan adakalanya aku memakai jubah.. tetapi setelah dia menyuarakan kehendaknya, aku cuba ikot dan aku cuba ubah... dan alhamdulillah, aku ke kuliah sekarang lebih memakai jubah dari memakai baju kurung... dan tudung ku juga semakin labuh.. dan aku telah berstokin kemana saja aku pergi... katanya dia suka melihat aku memakai pakaian sebegitu... dan katanya lagi walaupon aku x berjumpa dengannya, dia tahu aku di mana dan aku memakai pakaian apa.... hmm.... agak pelik kan?? aku tertanya2 sebenarnya... dr mana dia tahu?? tp aku biarkn saja... mungkin bergurau saja kot... ibu ayah ku pula mula senang dengan perubahan ku... tanya ibu ayah ku lagi kenapa tiba2 je aku berubah.. aku cuma berkata, aku lebih selesa memakai jubah.. tetapi sekiranya aku dikehendaki melakukan aktiviti luar kampus, aku akan memakai pakaian biasa yg menutup aurat..


aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku diberi petunjuk sebegitu... aku mula merasakan bahawa engku hamdi aliff adalah pilihan calon suami ku... dia mungkin akan mendidik dan membimbing ku ke jalan yang diredhai... jika perubahan aku ini ibu bapa ku tahu sebenarnya adalah dari teguran dan kehendak ady, mesti ibu ayah suka... bukan lah aku ingin menyatakan aku seorg yg x baik sblm ni ttpi aku tidak la sealim mana... aku biasa2 je... dan atas perubahan ku ini juga adalah kerelaan hati ku sendiri... tidak ada sebarang unsur keterpaksaan...


aku harapkan perubahan ku ini akan berterusan... papa, terima kasih sebab dah beri nasihat dan tunjuk ajar walaupun mungkin ade terguris hati mama.. tapi ape pun mama x marah papa.. mama tetap sayang papa.. mama rasa papa lah yang terbaik untuk mama... maaf papa, selama ni mama sibuk sikit dengan study.. mungkin papa anggap mama x nak layan papa.. tp sebenarnya x.. mama sentiasa ingat papa.. trust me ok... :)


ni la aku yang sekarang... cube tgk pipi aku tu..
klu banding aku yang dulu pipi aku ni naik sikit kan? hehe


P/s : esok aku update lagi cerita yang terkumpul dalam memory otak aku ni lagi... bye n sweet dream.. :)

Monday, June 13, 2011

assalammualaikum.....

yuhuuuuu............

adehh.... setelah sekian lame x meng up date blog kesayangan ku ni.... haa.... ari ni baru ade kesempatan nak meng up date... maklum la.. sblm ni sebuk dgn study... assigment melambak2... adehhh..... baru tahun ke-2 da mcm ni... xtau la tahun sterusnya cam ne kan... hmm....

sebelum ni buat assigment dr lecturer DLKE 3003... assigment dia pasal media elektronik... so aku n member aku kene g sri pentas tv3 damansara utama...aku n the geng di kehendaki menemu ramah wartawan yg bernama SHAMSUL ABAS...  pengalaman yg mmg x dapat aku lupe kan....

hmm....nnt aku up date pengalaman yang aku x dpt lupekan ye.... ari ni malas lak... ngah demam sebenanye ni...


tentang aku ngan papa???

hmm..... i'm happy with him....
so happy.... but banyak sangat dugaan yg aku kene lalui...
aku redha dan sabar menempuhinya....
harap hubungan ku dengannye sentiasa dberkati Allah s.w.t.....

Ya Allah..... kekalkan la hubungan ku dengan nya... hingga selamanya... moga aku dan dia di beri kesabaran untuk menghadapi dugaan mu ya Allah... bahagiakanlah aku dengan nya Ya Allah.... Amin....

Wednesday, May 25, 2011

KISAH PERTAMA KALI BERKENALAN - bab1



Hai semua..


hari ni ade mood lak nak menaip kisah2 pertama kali aku dan si dia kenal.. hehe
rase mcm x pcaya je... perkenalan kami ni pun asalnye dr akak (zurina a.k.a lecturer medic uitm shah alam)
akak kate si dia ni malu2 nak mulakn msj.. kate akak, kejap nak kejap xnak..ape yg x kena pun xtau la... hehe
pemalu la katakan... then setelah di paksa oleh akak baru la si dia nak msj.. nak tau ape msjnye? hmm...jom bace kt bawah ni... tp jangan tergelak tau... malu la aku... hehe


ALKISAH......... :)  ;


10/05/2011 7.29PM
Assalamualaikum


7.40pm
Waalaikummussalam wbt...
maaf lmbt kak, ezy baru pas solat..


7.44pm
Sori ganggu wk2 mcm nie..
akak..emm..sy adi..akak suruh sy antar msg kt awk


7.46pm
oh..adi..ingt akak td.. Hmm..
awk x ganggu p0n..Sy mmg xde wt pape..
semua keje umah dah selesai td siang..
Awk baru balik ke?


7.48pm
ye..baru balik..


7.51pm
oh..lambat balik, da bawak kfc akak? Dr td dok sebut ayam2..
tggu awk balik lmbt.. Sy ckp ngan akak awk g keja ayam lari.. Hehe


7.55pm
Dh antar kfc kt akak,lps 2 kluar g main wau kt padang sekolah


7.57pm
oh...ni tgh wat pe? da mkn ke?


8.03pm
Xwat pe..tgh manje2kan akak nie..td die mara sy sbb lmbt antar kfc.. xpadan ngan kaki sakit


8.06pm
Hehehe... Xpe,manjekn je.. bile lg akak nk mnje ngan awk.. lg pon luse awk dh nk terbang kan.. lame lg nak dpt jumpe.. kang nnt termimpi2 rindu awk lak.. :p


8.11pm
Die xpnah manjekan sy,mara lg ada la...nsib baik sy dh nk blik.. kalo tdk dok lyn krenah manje die 2.. kalo dok jauh baru rindu..


8.15pm
Ala..mara2 syg 2.. Prmpuan ni kdg2 je nmpak grang or slalu mara..tp hati sbenarnye lembut sangat.. Akak syg awk 2.. Jgn risau.. :)


8.21pm
ye la...


8.22pm
mcm xde mood je? nape ni? ade prob ke? Awk dah mkn?


8.27pm
Sy dh mkn.. sy x thu n segan nak ckp dengan awk


8.32pm
Hmm...xyah segan..be a gentle k.. Xyah takot2.. Sy xmkn org.. Sy x marah pon.. Tanye je lau awk nk tnye pape.. Ckp je klu awk nk ckp pape.. Btway,nice to know u.. I'm ezy.. Awk da kemas brg nk balik luse?


8.39pm
Be a gentle? kalo xgentle mcm mn.. sy bkn ape.. baru knl, maklum je la... tkot nnti kata2 sy ni buat awk xselesa or takot awk kata sy ni banyak ckp lak..


8.44pm
La...semua manusia x smpurnakn.. Sy xkesah la awk byk mulot pon... Sy pon segan jgak.. takot nnt awk ckp sy ni byk ckp lak.. Anyway,think postve je.. Hehe :p


8.46pm
Sy ske org ckp byk sbb sy x ckp byk


8.48pm
Adehhh... Xpe la.. nnt sy kumpul kuase veto sy utk ckp ngan awk ye.. Hehehe :p


8.49pm
ok, sy serah kuasa veto 2 kt awk


8.51pm
alamak...jgn serah semua..simpan sikit tok awk.. nnt cm ne awk nk ckp.. kang awk kene gune bahasa isyarat lak.. Hehe


8.54pm
Eh,awk mara sy ke? Sy ade tslap or terkasar ckp ke? Sy mtk maaf klu buat awk trase..


8.56pm
xde la.. sy mmg mcm ni... x brapa nk ckp.. sy lebih suke mndgr drpd bckp..


9.02pm
oh.. Bole sy tnye 1 soalan?


9.02pm
tnye le..


9.03pm
Akak ckp awk nk bknalan ngan sy.. btl ke?


10/05/2011 9.06pm
Sy harap awk xkisahkn kalo sy nk knl dgn awk..




Adehhh..... hahaha... mcm ni la kesah nye.... hehe.. ape yg korg rase? hmm... aku nk gelak pun ade.. kadang2 tu rase rindu sgt.. kadang2 rase romantik sangat... hehe.. sayangnye kt dia... lalala~~`
hmm... nnt lau ade mase aku post la lg yg lain.. hehee...
SEMOGA HUBUNGAN KAMI BERKEKALAN HINGGA SELAMANYA.... Amin...


p/s : pa.....pa.. hehe
        sayang papa sangat2...

Tuesday, May 24, 2011

PERJALANAN HIDUP KU BERSAMA SI DIA

.: MASA PENENTU SEGALANYA :.

hmm.... ENGKU HAMDI ALIFF... dia la org yg dapat membuka pintu hati ku, selepas pemergian arwah engku farhan... walaupun masih baru tp hidup perlu juga di teruskan..
aku mula menyayangi dirinya kerana sifat dia yg telah ku sebutkn di pos yg lalu...
hmm.... dia sangat manje... dan sangat penyayang... ku harapkan hubungan ku dan dia akan bahagia hingga selamanya... dan aku berjanji tidak akan menganggap hamdi aliff adalah arwah farhan... aku menyintai hamdi aliff kerana dia adalah dia... hanya tuhan saja yg tahu betapa aku menyayangi dirinya....


ya allah, satukanlah hatinya dengan hati ku...
kuatkanlah semangat ku, tabahkanlah hati ku...


papa, mama sayang papa... :)
Pa......pa.. hehe


p/s: nnt pos lain akan sampai n cerita detik permulaan hubungan kami... walaupun x tersusun.. hehe

BENARKAH INI HATI LELAKI...???

.: HATI LELAKI :.

Lelaki oh lelaki. Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki itu benar-benar menyayangi diri kita atau tidak.  Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!  Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hatilelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.  Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup bekorban apa saja demi untuk kekasihnya.  Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.


kita lihat lelaki mana yang benar-benar mencintai kita sepenuh hati dan sanggup sehidup semati dengan kita hingga ke akhir hayat !



  • Dia lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.

  • Dia lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya  dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)

  • Dia lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.

  • Dia lelaki akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.

    • Dia lelaki yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

    • Dia lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curuga.

    • Dia lelaki yang tiidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

    • Dia lelaki yang mudah sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.

    • Dia lelaki menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

    • Dia lelaki yang pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.

    • Dia lelaki akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

    • Dia lelaki yang sentiaa memastikan keselamatan kekasihnya.

    • Dia lelaki yang lebih mementingkan kekasih dari dirinya.

    • Dia lelaki yang kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.

    • Dia lelaki yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada  urusan yang penting dengannya.

    • Dia lelaki yang sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.

    • Akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.

    • Berasa serik untuk bercinta lagi setelah di tinggalkan oleh kekasihnya tetapi sentiasa berharap kekasihnya          kembali padanya semula.

    • Apabila muncul orang ketiga, dia sanggup melakukan apa saja untuk merebut kembali hati kekasihnya.

    • Mengangap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.



    Tidak akan bersikap curang, namun sekiranya ini berlaku dia tidak 100% mencintai anda.

    Yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sangup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.



    Jadi, wahai wanita bersedialah anda untuk memahami secebis hati milik seorang insan bergelar lelaki.

SIAPAKAH WANITA ATAU SIAPAKAH AKU...???

.: KENALILAH DIRI KU :.


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Monday, May 23, 2011

~ SETELAH KU MENGENALI DIRINYA ~

.: ENGKU HAMDI ALIFF :.

APE YG AKU TAU,APE YG AKU DAH CUBE FAHAM :

PAPA NI SEORANG YANG :

SUKA SANGAT BUAT KLAKAR
SOPAN SANTUN, CARING SANGAT (TERHADAP ORANG LAIN) (JELESNYE....)
BERANI DAN TAK TAU TAKUT
TEGAS DAN BERSIFAT KEPIMPINAN
TERLALU PEMURAH DAN BERSIKAP EGO
PANDAI MEMUJUK (NI YG AKU SUKE SANGAT NI...HEHE)
DAHAGAKAN PUJIAN (PAPA NI.... MEMANG..HAHA)
NILAI HARGA DIRI YANG SANGAT TINGGI ( GERUN AKU DENGARNYE...)
SEMANGAT ( NI YG SUKE NI...)
CEPAT MARAH DAN MUDAH MENGAMUK BILA CAKAPNYA DILAWAN (TAKUTNYE....SERAM AKU...)
SANGAT CEMBURU ( HEHEHE.... KAN3 PAPA...)
SUKA BERANGAN ANGAN
ADE BAKAT SILAT
SUKE MEMBACA 
SANGAT SENSITIF TAPI TAK MUDAH MERAJUK
SENTIASA TENANG DAN RILEK JE
CEPAT KELAM KABUT
ROMANTIK SANGAT ( SAYANG PAPA SANGAT2... HEHE..)
N PENYAYANG ( LAGI AKU SUKE SANGAT... HEHE)
COMEL (HEHEHE....NI AKU JE YG TAU...)
MANJE SANGAT2 ( KAN3 PAPA..... HEHE...)


PA......PA..  hehehe...
LOVE U PAPA SAYANG.......

P/S : MOGA HUBUNGAN YG KINI TERJALIN, CINTA YG KINI MAKIN MENDALAM, KASIH SAYANG YG KINI KIAN BERPUTIK,  RINDU YG KINI KIAN MENEBAL, AKAN KEKAL SELAMANYA... (DOAKAN KAMI MOGA BAHAGIA UNTUK SELAMANYA)  AMIN......

TQ  

~ JENIS DARAH ANDA ~

.: DARAH JENIS A :.


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.


Peribadi Asas:

Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.


Kadar Toleransi:

Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:


Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.


Bagaimana mereka bekerja:

Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


.: JENIS DARAH B :.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.


Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.


Kadar Toleransi:

Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.


Bagaimana mereka bekerja:

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

.: JENIS DARAH AB :.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.


Peribadi Asas:

Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.


Kadar Toleransi:

Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.


Bagaimana mereka bekerja:

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

.: DARAH JENIS O :.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.


Peribadi Asas:

Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.


Kadar Toleransi:

Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.


Bagaimana mereka bekerja:

Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci..

Tuesday, March 15, 2011

DOA KU 

YA RAHMAN YA RAHIM
padaMU juga ku mohon kebahagiaan
ku titipkan cintaku menghadapiMU
...agar diberi restu dan diberkati
ku usungkan cintaku padaMU
suka dukaku ku adukan padaMU
KAU hilangkan kasih seorang ayah
KAU gantikan kasih seorang kekasih
terima kasih YA RABB
tak terhingga ucapan syukur ini..
dalam diam aku memohon
meminta padaMU tanpa malu dan segan
berikanlah aku kejayaan..
dalam layari erti cinta kali ini
sesungguhnya takdir ditanganMU
qada dan qadarku di sisiMU
YA LATIF
padaMU ku serahkan pengabdian
ku serahkan impian dan harapan
agar apa yang dimiliki berkekalan
ku mohon padaMU TUHAN
berikanlah kesejahteraan untuk dirinya yang ku cintai
berikanlah dirinya kebahagiaan dan ketenangan
dan ku mohon padaMU YA TUHAN
lindungilah dirinya di setiap perjalanan
yang menjadi laluan dan titian
semoga dirinya sentiasa diberkati dan dirahmati
sisipkanlah dihatinya yang diri ini amat mengasihi dirinya..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Saturday, January 29, 2011

.: APE JENIS MANUSIA MACAM NI???? :.

Mayat bayi dicampak dalam longkang





MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.