Saturday, January 29, 2011

.: APE JENIS MANUSIA MACAM NI???? :.

Mayat bayi dicampak dalam longkang





MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Wednesday, January 26, 2011

.: LAGI BAYI DI BUANG :.

Nasib bayi tak dibaham anjing

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
     
LAWAT...Zuliana (kiri) melihat bayi  yang ditinggalkan di  parkir HTJS, semalam.
LAWAT...Zuliana (kiri) melihat bayi yang ditinggalkan di parkir HTJS, semalam.
SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.



KOMEN EZY :-
NI LAGI SATU KES....
ADE KE PATUT BUANG ANAK TU LETAK ATAS
BONET KRETA???
MLM PLAK TU.... DA LA SEJUK MLM2...
KESIAN TOL BABY TU....
HAISH..!!!! KEJAM TOL IBU DIA.....

.: SANGGUP SEORANG IBU BUNUH ANAKNYA SENDIRI??? :.

Tikam bayi baru lahir

Oleh Abdullah Wahab
     
TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.
TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.
SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.


Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.



KOMEN EZY :-

SUNGGUH KEJAM....
knp nk bunuh bayi yg x bedosa tu???
mcm xde otak nk pikir....ape punye manusia tu r???
tu x le pggl manusia tu...klu xnk skali pun jgn la bunuh....
bg la org yg nk sangt anak.... ingt senang ke nk lahirkn???
oh..!! tidak..!!
wahai wanita yg bergelar ibu.... sayangi la anak anda sepenuhnya....
jgn la abaikn....

Tuesday, January 25, 2011

SAMBUNGAN MEMENANGI HATI WANITA

MENANGILAH HATI WANITA

1.      Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2.      Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3.      Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4.      Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5.      Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6.      Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7.      Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8.      Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9.      Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10.  Akui perasaannya bila dia merasa marah.

.: KHAS UNTUK LELAKI :.


Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die......... 

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...


Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt  inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur..  Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..


Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.."  Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi  aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah..... 

Monday, January 24, 2011

.: TIPS MEMENANGI HATI WANITA :.



.: ~ MENANGILAH HATI WANITA ~:.
(CUBALAH SEBAIK YG MUNGKIN)


1.      Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2.      Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3.      Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4.      Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5.      Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6.      Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7.      Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8.      Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9.      Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10.  Akui perasaannya bila dia merasa marah.


11.  Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12.  Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13.  Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14.  Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15.  Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16.  Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17.  Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18.  Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19.  Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20.  Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.


21.  Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22.  Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23.  Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24.  Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25.  Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26.  Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
27.  Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
28.  Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29.  Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30.  Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.


31.  Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32.  Basuhkan kereta yang dipakainya.
33.  Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
34.  Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35.  Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36.  Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
37.  Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38.  Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39.  Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40.  Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.


41.  Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42.  Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43.  Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44.  Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45.  Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46.  Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47.  Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48.  Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49.  Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50.  Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.


51.  Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52.  Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53.  Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54.  Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55.  Solat bersama dan berdoa bersama.
56.  Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57.  Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58.  Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59.  Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60.  Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.



61.  Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62.  Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63.  Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64.  Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65.  Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66.  Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67.  Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
68.  Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69.  Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70.  Rancanglah untuk makan angin bersamanya.



71.  Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72.  Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
73.  Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74.  Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75.  Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76.  Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.





KEPADA KAUM LELAKI....CUBALAH SEDAYA UPAYA UNTUK MENANGI HATI WANITA YG ANDA SAYANG.... SESUNGGUHNYA HATI WANITA INI AMAT LEMBUT DAN MUDAH TERLUKA... JGNLAH BIARKN IANYA TERGURIS...
KEPADA KAUM WANITA... JAGALAH HATI KAUM LELAKI JUGA...